
Tahniah dan Syabas kepada Tengku Bendahara Pang5_Hitam diatas kejayaan beliau berada di tangga teratas Liga Pembantai (League of the Butchers). Diharapkan kejayaan beliau mengungguli arena ini akan menjadi penyuntik semangat kepada semua para panglima kita terutama para Panglima Muda!
Diharapkan beliau dapat bertahan lebih lama di singgahsana ini dan menikmati bonus-bonus 1# ranking setiap satu jam memandangkan level beliau masih selang 2 level ke arena seterusnya (level 28). Moga-moga dengan bertambahnya rezeki beliau di takhta No. 1 arena ini membolehkan beliau terus menyumbang kepada pembangunan Istana kita. Hehehe...
Akhir kata, selamat berjuang para Panglima dan kepada Tengku Bendahara, terima kasih kerana mengharumkan nama Istana dipersada Galdiatus Server 12 ini.
No comments:
Post a Comment